Tuesday, August 19, 2014

Ke 'Kitchen' Ke Kita?


Salam sejahtera semua pembaca dan rakan blogger sekalian.

Pada ahad yang lalu, saya telah ke Abuain Kitchen Studio. Disana saya telah berpeluang membantu menyediakan juadah bagi rumah terbuka seorang rakan blogger saudara Khairul Hakimin dan secara tidak langsung belajar sedikit sebanyak cara-cara menyediakan juadah pencuci mulut yang terdiri dari pelbagai jenis pastri seperti kek 'Red velvet', 'Choc ball' dan bermacam-macam lagi!

Ada gaya tak? *credit to Alif Azizi

Terima kasih diucapkan kepada saudara Khairul hakimin atas tunjuk ajar kepada kami. Beiau juga telah dengan murah hati memperkenankan saya berkongsi Resepi membuat 'Choc Ball' di blog saya ini.

Resepi 'Choc Ball'

-Bahan-bahan

1 buku kek coklat 'moist'
200gm 'creamcheese'
250gm 'dark choc'
100gm mentega
sedikit 'choc rice'

-Cara-cara

Hancurkan kek dan campurkan 'creamcheese'.

Kemudian kepal-kepalkan dan bulat-bulatkan.

Cairkan coklat dan mentega menggunakan teknik 'double boiler'. Celupkan atau curahkan cairan coklat ke atas bebola satu demi satu dan kemudian taburkan coklat 'rice' atas bebola coklat itu tadi.

Sejukkan dan sedia untuk dihidang! Mudah bukan?

Budak bujang baru belajar. *credit to Saifullah
Bagi yang mahu dapatkan lebih banyak resepi dari saudara Khairul Hakimin ni bolehlah ke blog beliau:

Dijemput juga melawat blog rakan-rakan saya yang lain:

Saifullah
Alif Azizi

Selamat mencuba resepi 'Choc Ball' di atas dan selamat menjamu selera!

Thursday, August 14, 2014

Cucurma Longa bukan Buah Longan

Jika anda bijak, cuba teka apakah "cucurma longa" ini? sejenis longan? bukan! sejenis 'cucumber'(timun)? juga bukan! jadi apakah ia???..."cucur maklong ar!"...salah juga! Terima kasih, cuba lagi.

*Sumber gambar dari www.tropical-plants-flowers-and-decor.com

Cucurma longa merupakan pokok Kunyit. Sejenis tumbuhan herba dari keluarga Halia. Ianya berasal dari India. Tumbuhan ini ditanam bagi mendapatkan bahagian akarnya yang kita kenali sebagai Kunyit. Kunyit inilah antara bahan masakan yang amat dikenali oleh warga-warga dapur seperti kaum-kaum ibu, tukang-tukang masak dan juga anak-anak dara yang mula bersedia untuk berumah-tangga.

*Sumber gambar dari jayshree.snydle.com

Selain daripada dijadikan tumbuhan hiasan dek bunganya yang dikatakan cantik dan eksotik, tumbuhan ini juga dikatakan mengandungi banyak khasiat. Di Tamil Nadu, Kunyit telah digunakan di dalam perubatan tradisional bagi mengubati sakit perut, masalah hati dan juga untuk memulihkan bengkak. 

Di bawah merupakan beberapa resepi masakan yang menggunakan Kunyit.

Resepi dari Khairul Hakimin

Resepi dari Norasikin Basri

Tuesday, August 12, 2014

Empanada itu Karipap?

*sumber gambar dari www.foodnetwork.com

Karipap! pasti itu benda pertama yang terlintas diminda anda ketika melihat gambar entri pertama saya ini. Anda silap, ternyata gambar-gambar yang saya gunakan untuk entri saya adalah makanan latin yang bernama EMPANADA...Empanada...empanada..(seperti bergema).

Apakah itu Empanada? Empanada merupakan roti berinti atau pastri yang dibakar atau digoreng. Ia terkenal di negara-negara Eropah Selatan dan Amerika Latin. Nama itu berasal daripada bahasa Sepanyol "empanar" yang membawa maksud "membalut" atau "disaluti roti".

Cara membuat Empanada adalah dengan menyalutkan doh atau roti disekeliling inti. Apa yang saya lihat Empanada ini tidak jauh bezanya dengan karipap. Boleh dikatakan, di Malaysia kita mengelar makanan ini kuih Karipap tapi disana ia dikenali sebagai Empanada.

*sumber gambar dari www.hispanickitchen.com

Bagi yang berminat untuk mencuba resepi Empanada ni boleh dapatkan di link dibawah ;

Resepi dari Martha Stewart.

Resepi dari Paula Deen

Selamat mencuba semua!